Seringkali saya ditanya dengan soalan ini terutamanya daripada individu yang baru ingin bermula dalam bidang pelaburan Emas & Perak. Saya akui, ketika saya bermula dulu saya membeli semua jenis emas dengan tujuan ingin memiliki semua jenis bentuk dan berat yang ada.
Berdasarkan pengalaman setelah setahun saya melibatkan diri dalam bidang pelaburan ini, saya dapati bahawa pemilihan jenis dan berat emas yang perlu dibeli adalah bergantung kepada matlamat pelaburan dan tujuan penggunaanya, dan faktor-faktor ini berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain.
Berikut diterangkan jjenis - jenis produk pelaburan Public Gold, berat dan cadangan penggunaannya :
EMAS
1- Emas Bar 999.9 ~ 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g.
Emas Bar ataupun Gold Bar lebih sesuai dipilih bagi tujuan pelaburan dalam tempoh masa pertengahan ( Mid Term ) iaitu sekitar 1-2 tahun. Sebagai contoh, katakan Salmah mempunyai tunai sebanyak RM10,000.00 dan ingin digunakan untuk membayar deposit rumah barunya dalam masa 2 tahun lagi, maka Salmah menggunakan wang tersebut untuk membeli Gold Bar seberat 20g x 2 = RM8,000 (harga contoh) dan 10g x 1 RM2,000 (harga contoh).
Beliau memilih untuk membeli emas seberat 50g dengan pecahan variasi 20g x 2 dan 10g x 1 berbanding 50g x 1 dengan membuat perkiraan sekiranya berlaku kenaikan harga emas sebanyak 25% setahun, maka kenaikan selama 2 tahun adalah 50%, dan pada ketika beliau hanya perlu menjualkan emas 20g x 1 dan 10g x 1 sahaja untuk mendapatkan tunai sebanyak RM10,000.00 yang ingin digunakannya. Dengan cara ini, beliau masih mempunyai sekeping emas 20g dalam simpanannya yang telah meningkat nilai sebanyak 50% dan ianya boleh digunakan pada masa akan datang bagi tujuan pembelian rumah yang kedua pula. Berbanding jika beliau membeli hanya sekeping 50g, pemilihan seperti ini lebih menguntungkan lagi.
2- Emas Dinar 916 ~ 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Dinar Emas lebih sesuai digunakan sebagai simpanan dan penggunaan bagi keperluan semasa. Saya mengibaratkan Dinar ini adalah sebagai Saving Account yang anda ada ketika ini. Berbanding saya hanya membiarkan wang tunai tidak membiak di dalam akaun simpanan, adalah lebih baik saya menukarkan kesemuanya kepada Emas 1 Dinar.
Pada bila-bila masa sekiranya saya memerlukan tunai, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar sekadar jumlah tunai yang saya perlukan sahaja, dan pada bila-bila masa saya mempunyai sejumlah wang yang tidak digunakan, maka saya akan menukarkannya kepada 1 Dinar sebagai tambahan kepada simpanan Dinar yang sedia ada. Dengan cara ini, saya bukan sahaja menyimpan, bahkan saya juga membuat pelaburan walaupun jumlahnya hanya serendah RM700 - RM800, tetapi simpanan saya tetap berganda dari masa ke semasa apabila saya menukarkannya kepada tunai kelak.
3- Rantai Emas Pelaburan 22k ~ 10g, 20g, 50g dan 100g.
Produk ranatai ini dikenali sebagai produk i-series atau i-jewellery. Ianya dikeluarkan khusus bagi tujuan gadaian di mana-mana Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan dalam bentuk barangan kemas. Justeru, rekabentuk kesemua produk ini sama sahaja dan ianya lebih padu dan tumpat berbanding emas perhiasan sebenar. Sekiranya anda berhajat untuk membeli emas dan menggadaikannya semula, produk ini boleh dijadikan sebagai pilihan.
Jika anda mahukan pelaburan emas dalam tempoh masa pertengahan (Mid Term) dan dalam masa yang sama mahu memiliki emas bagi penggunaan dan simpanan tambahan semasa, maka anda boleh membeli rantai ini terlebih dahulu, kemudian anda boleh membuat proses gadaian di Ar-Rahnu. Tunai hasil gadaian tadi boleh digunakan untuk membeli emas 1 Dinar pula bagi tujuan penggunaan semasa disamping untuk menampung kos upah simpan pada setiap 6 bulan sekali. Cara ini secara tidak langsung akan menggandakan jumlah emas yang anda miliki.
PERAK
1- Perak Bar 999.9 ~ 250g, 500g dan 1000g (1 kg)
Perak atau Silver lebih sesuai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang iaitu sekitar 2 tahun ke atas. Walaupun kenaikan harga Silver lebih tinggi berbanding emas, namun kadar spread nya agak tinggi berbanding emas selain ianya tidak boleh digadaikan. Justeru, ia lebih sesuai bagi matlamat pelaburan yang ingin dicapai dalam jangkamasa melebihi 2 tahun.
Sebagai contoh, katakan Ali bercadang untuk menunaikan Haji 5 tahun dari sekarang dan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00, maka wang itu boleh digunakan bagi membeli Silver Bar dengan variasi pecahan 250g x 5 RM5000.00. Katakan kenaikan Silver setahun pada kadar 50%, maka dalam masa 5 tahun nilai Silver yang dibeli telah meningkat sebanyak 250% kepada RM17,500.00. Dalam ertikata lain dengan hanya RM5,000 sahaja beliau sudah boleh menunaikan Fardhu Haji berbanding sekiranya beliau menyimpan di dalam Tabung Haji dengan kenaikan 5% setahun, jika 5 tahun baru 25%.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan berdasarkan apa yang saya praktikkan sahaja, dan cadangan ini hanya sekiranya anda ingin menjadi seorang Pelabur Emas & Perak. Sebagai seorang Pelabur, turun naik harga semasa tidak banyak mempengaruhinya kerana setiap pelaburan yang dibuat mempunyai matlamat yang jelas dan apa yang paling penting bagi seorang pelabur adalah mengenalpasti waktu bila mereka perlu JUAL, bukannya waktu bila mereka patut BELI.
Selamat membeli emas dan perak!
Sunday, October 9, 2011
Mahu pilih emas yang mana?
Posted by
Maizura
at
5:42 AM
0
comments
Labels: emas, perak, Public Gold
Monday, February 14, 2011
Tips: Kenapa beli emas Public Gold?
Banyak syarikat emas, kedai emas, bank dan sebagainya menjual emas keluaran mereka sendiri, tetapi mengapa saya memilih untuk membeli emas Public Gold?
Disini saya akan menyatakan sedikit fakta dan perbandingan untuk penilaian anda sendiri:
1. Public Gold (PG) mengenakan 'spread' (perbezaan harga jual & harga beli) dengan kadar terendah iaitu sekitar 4-6% sahaja. Jika dibandingkan dengan kadar 'spread' di tempat lain, mereka akan mengenakan sekitar 15-20%.
2. Jika anda beli emas di kedai emas, mereka akan mengenakan caj tambahan yang sangat tinggi, contohnya di Tomei, jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. PAMP Suisse 50g caj yang mereka kenakan adalah RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Di PG mereka cuma mengenakan caj RM40 untuk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.
3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas yg dibeli dengan mereka sahaja, dan tidak akan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG tetap membelinya semula kerana mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yang menggunakan perkhidmatan syarikat lain.
4. Emas di PG boleh di'lock' pada harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24 jam, phone call waktu ofis dan sms, walaupun ketika bayaran dibuat harganya telah berubah. Contoh sekarang ini harganya rendah, saya terus 'lock' dan tiba-tiba pada waktu petang harganya melonjak tinggi. Katakan saya buat bayaran esok, saya tetap membayar dengan harga yang saya telah 'lock' semalamnya.
5. Harga PG berubah setiap 20 minit, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut harga Persatuan Emas Malaysia yang di update sebulan sekali. Jika anda berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan, ini bermakna anda tidak boleh mendapatkan keuntungan sekiranya menggunakan teknik spekulasi pasaran.
6. PG menawarkan peluang utk menjadi dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1% (normal dealer) dari jumlah terkumpul belian anda bermula setiap bulan. Komisyen dibayar pada 20hb pada bulan berikutnya. Jika anda beli untuk simpanan sekalipun dan tidak berniat untuk menjualnya, bukankah sememangnya anda sudah untung?
7. PG menawarkan peluang perniagaan kepada anda. Dengan menjadi dealer anda akan dapat 1% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bawah anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM300k, anda akan di upgrade menjadi Priority Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% daripada belian dealer-dealer di bawah anda.
8. Stok PG sentiasa ada. Jika dibandingkan dengan stok di kedai emas dan bank. Ini adalah disebabkan mereka mengambil stok daripada syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kepada first come, first serve. Anda tidak boleh menempah emas tersebut sebagaimana di PG.
9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.
10. Emas PG mudah untuk dicagarkan di mana-mana Ar-Rahnu dan tidak akan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkannya, anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong, bagaimana anda mahu menjualnya kelak?
Anda berminat membeli emas Public Gold? Hubungi saya: Puan Mai di zuramail@yahoo.com.
Posted by
Maizura
at
11:09 PM
0
comments
Labels: emas, Public Gold, tips
Sunday, January 30, 2011
Nak beli emas?
Kebanyakan dari kita teragak-agak untuk membeli atau menyimpan emas oleh kerana harganya dirasakan terlalu tinggi. Majoriti peminat emas adalah kaum wanita, di mana mereka memakai emas sebagai barang kemas atau perhiasan. Bagi kaum lelaki pula, biasanya jawapan yang diberikan sekiranya disuruh membuat keputusan membeli emas ialah, "tunggulah dulu, tunggu sehingga harga emas turun sedikit".
Tahukah anda bahawa harga emas jarang turun? Sekiranya turun pun, sedikit sahaja dan jika dikaji graf turun-naik emas dalam jangka masa panjang, ianya semakin menaik!
Tahukah anda bahawa harga emas akan lebih tinggi di masa akan datang berbanding sekarang? Saya masih ingat harga emas pada tahun 2004 adalah lebih kurang RM47 /gram. Tetapi pada masa sekarang, harga emas adalah lebih kurang RM150 /gram. Selama lebih kurang 6 tahun harga emas telah meningkat sebanyak 67% (purata 11% setahun)!
Cuba bayangkan berapakah keuntungan yang kita telah dapat sekiranya kita telah mula menyimpan emas semenjak tahun 2004?. Jika pada tahun 2004 kita telah memiliki emas berjumlah RM10,000, pada hari ini emas tersebut telah bernilai hampir RM16,700. Bagaimana? Untung ke tidak? Adakah lagi portfolio pelaburan lain yang lebih baik berbanding emas? Amanah Saham? Pasaran Saham? Simpanan Tetap? Masa yang lepas tak akan kembali lagi. Kita pun sudah sedia maklum bahawa apa-apa kenaikan harga barang di negara kita akan susah untuk turun kembali. Setiap tahun ada saja barang-barang yang akan naik harga.
Untuk memberi gambaran yang jelas mengenai peningkatan harga emas dunia, silalah lihat graf di bawah:
Jawapannya adalah "Belum lagi". Diramalkan harga emas akan mencecah sehingga USD5000 per ounce pada tahun-tahun yang akan mendatang. Adakah pada masa itu kita akan mampu lagi memiliki emas? Fikir-fikirlah sendiri.
Hubungi saya sekiranya anda berminat untuk membeli emas.
Puan Mai - zuramail@yahoo.com
Posted by
Maizura
at
1:41 AM
0
comments
Labels: emas
Kenapa perlu menyimpan emas
Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Pelabur yang bijak adalah mereka yang mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.
Marilah kita sama-sama memahami mengapa emas adalah pelaburan yang terbaik, terutama emas fizikal.
Ingat, jangan sesekali terlibat dengan SKIM PELABURAN EMAS!!
Posted by
Maizura
at
12:24 AM
0
comments
Labels: Skim Pelaburan Emas

emas